CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 3, 2009

Perpindahan Ke Kampus Baru KPM Ayer Molek



1 Jun 2009 mula melaporkan diri di KPM Ayer Molek, Tiang 2, Melaka. Sebahagian besar staf di KPM Melaka telah berpindah ke sini. Tinggallah beberapa wira & wirawati di KPM Bandar Melaka seperti Hang Dr Amin, Hang Fadzli, Hang Burhan, Puteri Hang Zaefina & Puteri Hang Aishah. Sebenar-benarnya saya memang tak mahu berpindah ke KPMAM sebab dah seronok kerja di bandar. Mulanya jasad saja di KPMAM tapi roh masih di KPMBM. Memang tak bermaya & takde mood nak berkemas memasukkan barang ke dalam kotak untuk dihantar ke KPMAM. Semuanya dibuat pada saat akhir pada Sabtu 23 Mei 2009. Pada Isnin 25 Mei 2009 barang-barang kami dihantar ke KPMAM. Dan saya antara staf yang terakhir pergi ke KPMAM untuk mengambil kunci dan melihat bilik. Pada Jumaat 19 Jun, pihak kolej telefon meminta saya ke pejabat kerana Bos nak jumpa. Pada Sabtu 20 Jun , saya mengajak isteri dan anak2 untuk berkemas di bilik saya. Rupa-rupanya pihak Subalipack dah keluarkan barang dari kotak. Terpaksalah saya mengarahkan isteri dan anak-anak menyusun semula barang pada tempat yang dikehendaki. Pada Isnin 22 Jun 2009, dengan langkah yang longlai saya memulakan kerja pada semester ini di KPMAM. Hari pertama taklimat pensyarah, Bos menyatakan Visi & Misi beliau untuk menjadikan KPMAM sebagai Kolej Bertaraf Dunia Menjelang Julai 2011 (World Class College By July 2011). Saya optimis misi ini BOLEH dilaksanakan JIKA semua staf dan pelajar BERFIKIR, BERGERAK, BERKELAKUAN & BERTINDAK ke arah itu. Apa yang penting seperti kata Wonderpets "KERJASAMA".Segala aktiviti & program perlu disokong oleh semua pihak supaya ia berjalan dengan lancar & sempurna. JANGAN cakap tak serupa bikin, JANGAN mengutuk tanpa memberi penyelesaian, JANGAN menyusahkan jika tidak dapat membantu dan JANGAN dengki, iri hati serta khianat. Apa yang berlaku pada KPMAM adalah hasil usaha pihak pentadbiran, pensyarah, staf sokongan dan pelajar. Jika kita buat yang TERBAIK maka BAIKlah jadinya. Begitu sebaliknya. Apa yang penting - KERJASAMA

1 comments:

Mard said...

cik ar... jgn la tak semangat cik ar. tmpt baru, kene semangat baru. cume kureng pueh ati bila terlalu banyak "kekangan"...hehehe...

ganbatte ne....
;-)