CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 8, 2009

Bakti Siswa - Program Titian Kasih

Seramai 76 pelajar KPMAM telah menyertai program Titian Kasih di Kampung Paya Redan pada 30 Oktober hingga 1 November 2009 yang lepas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menjadi anak angkat kepada penduduk Kampung Paya Redan, ceramah agama, sukaneka, senamrobik, kebudayaan dan gotong royong. Program ini adalah kerjasama antara Gerakan Desa Wawasan dan UMNO Kampung Paya Redan serta KPMAM. Majlis penutup telah disempurnakan oleh ADUN kawasan Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin.

Thursday, October 29, 2009

KEJOHANAN RAGBI KPM & KM 2009

KPM MELAKA MENJADI JOHAN PLATE, TAHNIAH

Wednesday, October 28, 2009

KASUKMA 2009

Monday, October 26, 2009

Minggu Silaturahim Julai 2009

Monday, August 31, 2009

PERUBAHAN TARIKH AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Sambutan Kemerdekaan di KM Banting pada 26 - 28 September 2009
2. KASUKMA di KPM Seri Iskandar pada 1 - 4 Oktober 2009
3. Kejohanan Ragbi Tertutup KPM & KM kekal 16 - 18 Oktober 2009

Wednesday, July 22, 2009

Maklumat Pengurusan Kokurikulum Sesi Julai-Dis 2009

Berikut adalah maklumat pengurusan kokurikulum. Sila klik pada pautan di bawah:
a. Perancangan aktiviti kokurikulum
b. Senarai penasihat kelab, sukan & badan beruniform
c. Kalendar / Jadual pertemuan kelab
d. Borang laporan pertemuan kelab mingguan
e. Borang laporan akhir semester kelab

Friday, July 3, 2009

Maklumat MISRA Julai-Disember 2009

Berikut adalah maklumat berkaitan Misra sesi Julai- Dis 2009. Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut
1. AJK Misra
2. Jadual Misra
3. Aturcara Hari Pendaftaran
4. Aturcara Majlis Perasmian Misra
5. Aturcara Majlis Melafazkan Ikrar
6. Aturcara Majlis Penutup
7. Pengendali Taklimat

Perpindahan Ke Kampus Baru KPM Ayer Molek



1 Jun 2009 mula melaporkan diri di KPM Ayer Molek, Tiang 2, Melaka. Sebahagian besar staf di KPM Melaka telah berpindah ke sini. Tinggallah beberapa wira & wirawati di KPM Bandar Melaka seperti Hang Dr Amin, Hang Fadzli, Hang Burhan, Puteri Hang Zaefina & Puteri Hang Aishah. Sebenar-benarnya saya memang tak mahu berpindah ke KPMAM sebab dah seronok kerja di bandar. Mulanya jasad saja di KPMAM tapi roh masih di KPMBM. Memang tak bermaya & takde mood nak berkemas memasukkan barang ke dalam kotak untuk dihantar ke KPMAM. Semuanya dibuat pada saat akhir pada Sabtu 23 Mei 2009. Pada Isnin 25 Mei 2009 barang-barang kami dihantar ke KPMAM. Dan saya antara staf yang terakhir pergi ke KPMAM untuk mengambil kunci dan melihat bilik. Pada Jumaat 19 Jun, pihak kolej telefon meminta saya ke pejabat kerana Bos nak jumpa. Pada Sabtu 20 Jun , saya mengajak isteri dan anak2 untuk berkemas di bilik saya. Rupa-rupanya pihak Subalipack dah keluarkan barang dari kotak. Terpaksalah saya mengarahkan isteri dan anak-anak menyusun semula barang pada tempat yang dikehendaki. Pada Isnin 22 Jun 2009, dengan langkah yang longlai saya memulakan kerja pada semester ini di KPMAM. Hari pertama taklimat pensyarah, Bos menyatakan Visi & Misi beliau untuk menjadikan KPMAM sebagai Kolej Bertaraf Dunia Menjelang Julai 2011 (World Class College By July 2011). Saya optimis misi ini BOLEH dilaksanakan JIKA semua staf dan pelajar BERFIKIR, BERGERAK, BERKELAKUAN & BERTINDAK ke arah itu. Apa yang penting seperti kata Wonderpets "KERJASAMA".Segala aktiviti & program perlu disokong oleh semua pihak supaya ia berjalan dengan lancar & sempurna. JANGAN cakap tak serupa bikin, JANGAN mengutuk tanpa memberi penyelesaian, JANGAN menyusahkan jika tidak dapat membantu dan JANGAN dengki, iri hati serta khianat. Apa yang berlaku pada KPMAM adalah hasil usaha pihak pentadbiran, pensyarah, staf sokongan dan pelajar. Jika kita buat yang TERBAIK maka BAIKlah jadinya. Begitu sebaliknya. Apa yang penting - KERJASAMA

Monday, May 25, 2009

Laporan Kokurikulum Jan - Jun 2009

Laporan Program Siswa Niaga. Sila Klik di sini

Laporan Kokurikulum Jan - Jun 2009

Laporan Khidmat Masyarakat. Sila Klik di sini

Laporan Kokurikulum Jan - Jun 2009

Laporan Kelab. Sila klik di sini

Laporan Kokurikulum Jan - Jun 2009

Laporan Badan Beruniform. Sila klik di sini

Laporan Kokurikulum Jan - Jun 2009

Laporan Sukan & Rekreasi 2009.Sila klik di sini

Wednesday, January 7, 2009

Maklumat Kokurikulum 2009

Berikut adalah maklumat yang berkaitan Unit Kokurikulum :
a) Kalendar pertemuan aktiviti kokurikulum
b) Senarai penasihat kokurikulum
c) Aktiviti kokurikulum KPM & KM anjuran BPT
d) Buku laporan kelab
e) Kalendar akademik & kokurikulum