CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 8, 2009

Bakti Siswa - Program Titian Kasih

Seramai 76 pelajar KPMAM telah menyertai program Titian Kasih di Kampung Paya Redan pada 30 Oktober hingga 1 November 2009 yang lepas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menjadi anak angkat kepada penduduk Kampung Paya Redan, ceramah agama, sukaneka, senamrobik, kebudayaan dan gotong royong. Program ini adalah kerjasama antara Gerakan Desa Wawasan dan UMNO Kampung Paya Redan serta KPMAM. Majlis penutup telah disempurnakan oleh ADUN kawasan Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin.